Selasa, 21 Julai 2009

Troy & koboi

Salam semua... Dah lama tak merapu malam ni teringin la pulak nak menulis. Hehe, memperkenalkan di sebelah ni namanya TROY. Troy ni makhluk yg menjadi mainan anak-anak aku. Hadiah from my sis. TQ sis...

Malam ni berniaga di Kuala Perlis. Pukul 6.30 - 7 tadi angin kuat kaw-kaw punya. 3-4 kaki siap bungkus barang & khemah. Kalau bertahan jugak boleh koyak khemah dibuatnya. Aku pulak 'koboi' hari ni. Koboi ni maksudnya tak pasang khemah atau payung. So angin kuat pun tak la terasa kesannya.

9pm hujan start turun renyai-renyai. Adat orang yang koboi memang alah dengan hujan. Kalut jugak simpan barang. Dan time-time kalut ni lah rezeki datang. Bungkus baju, bungkus seluar... Alhamdulillah rezeki jangan ditolak.

Dalam simpanan aku ada banyak lagi barang yg nak diupload tapi kelemahan aku tak pandai nak ambek gambaq. Tak tau nak cari sudut yg sesuai. Sana gelap, sini cerah sangat pulak. Nak gantung rasa tak cantek, letak kat lantai silau jadinya. Kaki-kaki yg terrer boleh tolong kasi teknik & taktik nak ambeq gambaq??? Kerjasama pihak tuan aku dahulukan dengan ucapan terima kasih..

Kalau dah terrer nanti aku janji akan upload stok-stok yang masih ada dalam simpanan aku. Sehingga itu, kaki bundle mengundur diri dulu. Salam untuk semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.