Isnin, 27 Julai 2009

Is the very tired...

Salam semua.. Sabtu & Ahad memang agak memenatkan. Sebab?? Dua-dua hari ni aku berniaga pagi & petang. So kena guna tenaga yg lebih dari hari-hari lain. Ada orang tanya apa yg penatnya? Bukak khemah, pasang rak, gantung baju then lepak tunggu orang beli. Itu pon penat ka??

Ok, memang la bila sebut nampak macam mudah. Mai sini aku nak habaq. Bukak & tutup khemah bukannya macam khemah kenduri. Ada 10-20 orang mai tolong. Kat pasar malam sapa nak tolong? Aku dgn 'staf' aku saja. Pasang rak bukannya 2-3 bijik. Kadang-kadang 10, kadang-kadang 11 & ada masanya lebih. Gantung baju tak penat? Hehe, bukannya gantung 5-6 helai adik kakak oiii. Satu rak purata ada 70 ke 90 baju. Seluaq pulak ada 60 ke 70 helai. Cuba darabkan dengan 10-11 rak. Ada masa bukak & tutup khemah tengah panas. Ada timenya pulak kena tengah hujan. Itu yg menjadikan suasana memenatkan & meletihkan...

Kalau dah faham baguih la.. Jadi bila aku juai baju sehelai rm3, 2 helai rm5 jangan la pulak mintak kurang. Bertambah letih la aku jawabnya. Tolong la kesian sama kat aku.

Tapi aku tau ada kerja lain yg 100 kali lebih memenatkan daripada apa yg aku dok buat la ni.. Mintak maaf cakap tapi kawan-kawan yg kerja kontrak, tarik kabel, etc terlebih-lebih letihnya mereka. Dengaq nama kerja pon kita dah terasa bahang keletihan.

Walau apapun, masing-masing dengan cara tersendiri untuk cari makan. Jangan mengeluh dengan takdir pekerjaan kita, dan pada masa yg sama tak salah rasanya kalau kita mengimpikan sesuatu yg lebih baik daripada apa yg ada sekarang. Aku?? Alhamdulillah dengan apa yg ada. Alhamdulillah jugak dengan apa yg aku takdak...

Aku nak layan blog kaki-kaki yg lain pulak. Add la aku dalam bloglist hangpa. Nescaya aku jugak akan melakukan yg sama.. See you, bye...

2 ulasan:

  1. penat tapi puaih takpa bang .. hehehe .. keja opis penat layan orang yang macam2 agenda macam2 perangai .. ngehehe

    BalasPadam
  2. penat woi aku pun penah dok tulung tapi zaman bkn khemah lagi laaaaaaaaa

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.