Rabu, 15 Julai 2009

Pasar Malam Stadium Utama Kangar

Seksyen 1; 5 peniaga
Seksyen 2; 7 peniaga
Seksyen 3; 6 peniaga
Khemah aku...

Salam semua... Malam ni aku sajikan utk tatapan semua khemah-khemah bundle yg menghiasi pasar malam Kangaq. Pasar malam ni terpisah oleh 2 longkang besar tapi ada ruang utk bergerak dari satu seksyen ke satu seksyen. Tak payah berenang atau naik helikopter utk bergerak. Ada 18-20 kaki bundle yg berniaga di sini. Bayangkan kalau seorang peniaga menggunakan khemah bersaiz 36 kaki x 24 kaki; memang luas mata memandang. Kalau di Perlis, pasar malam ni lah yang menjadi tumpuan kaki-kaki bundle.

So, kaki-kaki bundle yg nak mai Perlis tolonglah jangan mai weekend. Kena mai hari Rabu. Contact aku & insyaAllah boleh layan bundle sepuas hati (sambil-sambil tolong aku meniaga.. hehe...). Peniaga di sini bukan kaki kutip barang. Apa yang ada dalam bundle itulah yg kami gantung di rak. Itu yg kadang-kadang ada barang best, kadang-kadang lenguh kaki berjalan tapi apa pun tak dapat. Yang penting, kepuasan dapat bergerak dari selai baju ke baju yg lain, dari satu rak ke satu rak & dari satu khemah ke khemah yg lain...

Last but not least, TERIMA KASIH yg tak terhingga kepada semua kaki bundle yg pernah & masih setia memeriahkan suasana bundle setiap petang & malam Rabu.. Semoga sokongan anda berterusan...

1 ulasan:

  1. khemah besaq dah.......letih la jamil

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.