Rabu, 15 Julai 2009

Pasar Malam Stadium Utama Kangar

Seksyen 1; 5 peniaga
Seksyen 2; 7 peniaga
Seksyen 3; 6 peniaga
Khemah aku...

Salam semua... Malam ni aku sajikan utk tatapan semua khemah-khemah bundle yg menghiasi pasar malam Kangaq. Pasar malam ni terpisah oleh 2 longkang besar tapi ada ruang utk bergerak dari satu seksyen ke satu seksyen. Tak payah berenang atau naik helikopter utk bergerak. Ada 18-20 kaki bundle yg berniaga di sini. Bayangkan kalau seorang peniaga menggunakan khemah bersaiz 36 kaki x 24 kaki; memang luas mata memandang. Kalau di Perlis, pasar malam ni lah yang menjadi tumpuan kaki-kaki bundle.

So, kaki-kaki bundle yg nak mai Perlis tolonglah jangan mai weekend. Kena mai hari Rabu. Contact aku & insyaAllah boleh layan bundle sepuas hati (sambil-sambil tolong aku meniaga.. hehe...). Peniaga di sini bukan kaki kutip barang. Apa yang ada dalam bundle itulah yg kami gantung di rak. Itu yg kadang-kadang ada barang best, kadang-kadang lenguh kaki berjalan tapi apa pun tak dapat. Yang penting, kepuasan dapat bergerak dari selai baju ke baju yg lain, dari satu rak ke satu rak & dari satu khemah ke khemah yg lain...

Last but not least, TERIMA KASIH yg tak terhingga kepada semua kaki bundle yg pernah & masih setia memeriahkan suasana bundle setiap petang & malam Rabu.. Semoga sokongan anda berterusan...

Selasa, 14 Julai 2009

Army





U.S. Army
Tag DOG HOUSE
Size M
Condition 9/10
RM30 - SOLD

Jumaat, 10 Julai 2009

Gigi



Salam kaki-kaki semua.. Sori agak menyepikan diri minggu ni. Last sunday makan durian, then isnin & selasa menderita sakit gigi (kaw-kaw punya sakit!). Rabu pagi rasa agak ok terus pi hospital. 10am gigi tercinta selamat dicabut. Khamis & jumaat pulak tak sedap badan mungkin kesan & akibat cabutan gigi. Hehe.. Apa nak buat dah tak tahan sangat-sangat. Sayang jugak ngan gigi tu tapi daripada sakit 24 jam sehari, perpisahan jugaklah jawapan terbaik..

Ok, atas ni gambaq aku berexpo hari tu. Member yang ambek gambaq ni dok tanya dah masukkan dalam blog ka blom. So mate, lu punya gambaq gua sudah kasi masuk aaaa!!!

Hari ni aku tak pi pasar malam. Bawak isteri & anak-anak ronda ke Kedah. Sempat jugak menyelam tengok bundle. Dah adat singgah, mesti ada 2-3 helai untuk dibawak balik. Tak sedap hati rasanya masuk kedai bundle then keluaq tangan kosong. Hanya peniaga yang memahami perasaan peniaga, hehe.. Mana lebih penting sebenaqnya; nak jaga hati peniaga/pekedai ATAU nak jaga hati sendiri???

Aku tinggaikan persoalan di atas kepada kaki-kaki bundle semua.. Sebab aku dah taknak fikir disebabkan mata dah ngantuk sangat. Sabtu & ahad aku keluaq meniaga pagi & petang. Every weekend is the very busy maaaa!!! Jumpa lagi, Wassalam...

Rabu, 8 Julai 2009

Replay




31 x 32
Condition 10/10
Made in 'mana ntah'
RM120 - SOLD

Ahad, 5 Julai 2009

Gambaq di pasar malam

Salam semua.. Hari ni aku sajikan pada kaki-kaki bundle aksi aku & 'bundle-bundle'ku di sebuah pasar malam. Gambaq diambek oleh my best fren mr f.lamki. Dia ni kaki kamera. Memang minat kaw-kaw dengan kamera. Kebetulan hari khamis lepas dia terbawak kamera ke tempat aku meniaga. So, apa lagi.. Aku menggunakan segala kemudahan yang disediakan sambil memeras ugut best fren aku untuk shoot sekeping dua.. Aku upload dulu beberapa keping then sehari dua lagi aku tambah. Selamat menonton!!




Memperkenalkan bundle-bundle aku...







Sabaq sabaq. Satgi sure ada customer...







kaki BUNDLE...







Shoot dari helikopter, hehe...







Konon-konon best la...







Sekali lagi member aku naik heli utk shoot...







Aik, takkan orang yang sama saja???







Habeh satu row ni memang gempak!








RM5 saja. Jangan la mintak kurang...







Kerja-kerja menyimpan hampir selesai...







Dah nak penuh...







Jeans sumbat kat belakang...





Ok, TQ tak terhingga untuk mr f. lamki. Sesapa yang nak ambek gambaq untuk apa-apa event (kawen, birthday, etc) buleh la 'sewa' memba aku. Contact saja aku.. Soal bayaran adjust ngan dia. Hasil kerja dia memang sangat berseni & memukau. Cuma time shooting malam tu dia tak bawak flash sebab tak plan pon nak ambek gambaq... Dipendekkan cerita aku nak pi selongkaq periuk sat. Tengok apa nak sumbat masuk perut. Aku chow dulu... Wassalam

Sabtu, 4 Julai 2009

Metallica





Size XL
Made In El Salvador
100% cotton
Condition 8/10
My Price SOLD

Rock












Size L
Condition 9/10
My Price RM30 (SOLD)

Khamis, 2 Julai 2009

As I Lay...




As I Lay Dying
Size XL
Made In USA
100% cotton
Condition 8/10
SOLD

X JAPAN (SOLD)









X Japan (kenai ka band ni??)
Size L
Made In El Salvador
100% cotton
Condition 8/10
My Price SOLD

Rabu, 1 Julai 2009

aku kembali beraksi..

Huarrggghhhhh!!! Dah puas berekspo & baru saja habeh kira matawang!! Hehe.. 4 hari ekspo & 2 hari untuk kira duit. Berbaloi gamaknya.. Huhuhu.. Mana ada.. Sehari lepas ekspo kosentrasi untuk final piala eropah under-21. Kepada yang belum tau aku nak mengumumkan bahawa Germany juara edisi kali ni. Walaupun cuma under-21, yang penting champion.. Penyokong England jangan marah aaa. Rileks aaa, kena tak banyak mana pon. 4-0 saja...

Gambar ni sebelah belakang baju yang aku cadang nak promote dalam blog. Tapi tak sempat sebab ada brader dah ambek. Aku jual murah saja, rm1 lebih. Gambaq depan tak sempat ambek sebab baju dah bertukar menjadi duit. Nasib baik aku terambek jugak gambaq belakang, boleh buat kenang-kenangan di kala sunyi. Agak-agak kat depan gambaq apa??

Sehari dua lepas ekspo memang agak keletihan. So aku ada alasan untuk pen off awai malam (pagi) ni. 4 hari tak cukup tido brader!!! So dengan alasan yang tersangat logik ni aku mohon mengundur diri. InsyaAllah aku akan kembali dengan bahan-bahan yang lebih menawan hati dan menikan kalbu... BYE