Isnin, 21 Jun 2010

Deep Purple - Bananas World Tour




Copyright 2004
100% cotton
Assembled in El Salvador of usa fabric
Size XL
Colour: Black / Hitam
Condition 10/10
SOLD

Sabtu, 12 Jun 2010

Vokill Fest

Salam.. Ana dah balik dari perantauan. Seminggu bercuti maaaa. Sabtu & ahad ana ada di sg rompin, pahang. Isnin sampai semalam (jumaat) ana berehat di rumah ibu mertuaku di kuale kangso. Pagi ni ana dah start meniaga. Cover balik matawang yg terpakai dlm percutian tempoh hari. Isteri & anak2 masih di kuale. Ana membujang di Perlis. Cuti sekolah 2 minggu. Bagi peluang anak2 bermanja ngan opah..

Member bagitau band beliau akan beraksi di vokill fest ogos ni. So ana mintak kebenaran beliau utk mengopi & mengepaste flyers yg berkenaan. So kaki2 & otai2 yg masih giat beraksi boleh la membuat apa2 yg patut. Ana confirm tak menghadirkan diri. Sori flyers tak berapa besaq. Nak besaq kena tengok pakai kanta. Tak pon letak bawah mikroskop.

Ana nak pi selongkaq dapoq sat. Baru balik meniaga. Perut dah mula main drum. Ada beberapa barang yg kononnya cun akan ana upload nanti. Masalahnya kamera tinggai d kuale kangso. Sabaq, sabaq.. Hehe.. Jom makan!!

Jumaat, 4 Jun 2010

Journey to the center of Malaya..

Salam 1Bundle.. Hoho.. Anak yg kecik tengah gedik-gedik tanya bila nak balik ghumah opah.. Sabaq, sabaq. InsyaAllah lepaih Solat Jumaat kita bertolak. We are pushing after Friday Pray!!.. Musim cuti sekolah ni lah peluang ana tumpang bercuti. Tempat bercuti memang sempoi - kampung isteri tersayang di Perak Darul Ridzuan. Rumah di kelilingi pokok-pokok durian. Kat belakang umah ada sungai, ada bukit.. Fuhh, is the memang best laaa... Bukan saja anak-anak, ana pon sebenaqnya tak sabaq nak memulakan journey. Terasa sangat relax & tenang bila balik umah mak mentua. Suasana yg berbeza dgn tempat ana memungkinkan keseronokan tak terhingga utk ana sekeluarga..

Menyelam??.. Tengok keadaan dulu aaa.. Sebab percutian kali ni mungkin ana akan melajakkan diri ke negeri Pahang.. Kaki-kaki sana bersedia utk diselam oleh ana.. Hehe.. Sebenaqnya ana akan ke majlis kenduri anak sedara. Jodoh ngan orang Pahang. Alhamdulillah, jodoh jgn dikira ngan orang mana.. Tapi blom tanya lagi anak sedara baru ni kaki bundle ka kaki apa.. Tak sempat nak menyelam di Pahang rasanya sebab join sekenderaan ngan my sis. Tapi jgn worry, di Perak insyaAllah ada masa utk ana.

Ok lah.. Doakan perjalanan ana sekeluarga.. insyaAllah jumpa lagi selepas journey ana nanti.. Jaga diri hiasi peribadi.. (kah kah kah!! mcm bangang aaa..!) Alang-alang menyelam, biar sampai tuan kedai boring.. Wassalam..

Rabu, 2 Jun 2010

29 & 30 Mei 2010




Salam 1Bundle.. Dah lama tak menjenguk kawan-kawan semua sejak posting terakhir. Taktau la pasai apa. Nak kata sibuk, tak la sangat. Nak kata kalut, tak seberapa pon. Proses isolasi kot.. hehe..

Ok, cerita kali ni berdasarkan tarikh yg ana letak kat title posting. Sabtu & ahad yg berkenaan ana berkesempatan menyertai kemeriahan Jom Heboh TV3 di Stadium Utama Kangar. Jangan salah paham, ana bukannya sewa booth tv3 tapi 'stun' berniaga kat tengah padang. Ada 2 kaki bundle yg berjiran dgn ana. Bersiang & bermalamlah kami berenam (termasuk staf) di situ.

Orang memang ramai. Is the very happening kata pelancong mat saleh. Tapi jumlah manusia yg ramai tak menjamin jualan yg tinggi bro. Kehadiran pengunjung hakikatnya tak berkadar dengan jumlah jualan. Kalau ikutkan crowd, jualan insyaAllah boleh mencecah 4 angka. Kira punya kira, Alhamdulillah.. Walaupon tak mencapai 4 angka tapi cukuplah untuk ana sekeluarga makan setahun dua.. Hehe..

Kalau diikutkan pon memang dah berlaku kemerosotan jualan sejak lepas chinese new year hari tu. Langsung tak boleh diramal. Ada kawan-kawan yg biasa dapat 5-6 ratus tiba-tiba jualan tinggai rm100 saja.. Ada jugak psr malam atau psr sehari yg jualan main bawah seratus saja. Memang ramai yg terkedu, tersentot, ternganga, tersandaq & bermacam-macam ter lagi.. Alhamdulillah takdak yg bunuh diri.

Keadaan di tempat lain ana taktau. Mungkin sebelah KL, JB & Kelantan jualan masih cun macam dulu. Apa-apapon teruskan perjuangan, jangan berputus asa & jangan bunuh diri.. Wassalam...