Khamis, 22 Oktober 2009

502 Corduroy



W 30 L 39
Jepun punya barang
SOLD

Selasa, 20 Oktober 2009

Burberry London BLUE LABEL


Size L
Condition 10/10
SOLD

Khamis, 15 Oktober 2009

SUASANA SELEPAS AIDIL FITRI

Salam untuk semua kaki bundle... Takdak barang baru ka bro?? Hehe.. Ada tapi dah terjual di pasar malam. Takdan nak masuk blog, kaki-kaki sini dah ambek dulu. Apa nak buat, rezeki...

Jualan selepas raya memang agak 'memenatkan'.. Tapi tak sampai tahap nazak lagi. Percaya or not, ada kaki yang bukak 13 rak cuma berjaya buat sale RM18??? Huhu, sedih campoq letih.. Ada yg meniaga pagi & petang dulu boleh dapat RM800, la ni tinggai RM400 saja! Macam-macam cerita yg dah dengaq dari memba-memba seperniagaan. Dulu main angka ratus, dah jadi angka puluh.. Macam-macam kisah bro!! Kisah benar ni, bukan senda gurau bulan Syawal..

Orang yg dok menaip ni macam mana pulak??? Hehe, sudah terang lagi bersuluh. Bawah RM50 pon ana pernah dapat!! Sesak nafas jugak kadang-kadang dibuatnya. Tapi dah nama pon meniaga. Ada masa ok ada masa ko. Buat taktau saja. Yang penting senyum & terus senyum. Muka masam pon apa guna. Bukannya boleh ubah sale RM50 jadi RM500.. Jangan mengeluh dengan rezeki yg kita dapat...

Peniaga di negeri lain aku taktau. Mungkin jualan maintain ribu-ribu agaknya. Baguih la kalau macam tu. Kalau keadaan sama macam sini, ana tumpang gembira!! Sekurang-kurangnya kami tak keseorangan di bumi Malaysia yang tercinta... Ada jugak rakan-rakan untuk berkongsi suka & duka..

Ok bro.. Ana dah kelaparan. Balik pasar malam tadi kira duit & terus mengadap pc. Anak-anak dah tidoq so tiada perebutan pc untuk malam ni. Jumpa lagi & teruskan sokongan anda pada industri ini..

Salam 1Bundle...

Isnin, 12 Oktober 2009

Cilok Sat..

Salam semua..

Sori sebab slow sikit sejak Ramadhan hari tu..

Keadaan kesihatan sedikit mengganggu tugas-tugas ke'bundle'an..

Akan kembali cergas beraksi apabila situasi kembali ok..

Untuk sementara waktu, layan dulu stuff lama (lagi lama lagi rare, hehe)..

Sebab tak sihat, harga memang buleh kautim kaw-kaw punya..

Harap maklum..

Jumaat, 2 Oktober 2009

Hollister of California



Made in Brazil
57% cotton 43% polyester
Size XL (nampak macam L)
Condition 9/10 (berbulu sikit)
My Price RM SOLD

CISSS..!!!

Adoii laaa... Memang berlaku kedurjanaan awai pagi ni.. Baru dok kalut nak upload gambaq, pc pulak tak kenai kamera. Awat la yg jadi lagu ni.. Dah la aku dok dalam kelam.

Check kabel usb, rupanya the mr. tikus is the gigit 3 tempat di kabel tu.. Is the very cissss la.. Yang aku tengah dok semangat nak mengupload. Nampak gayanya early in the morning hari ni nak kena pi beli kabel lain la..

Rilek, rilek.. Jangan mengeluh. Pi dapoq bancuh kopi la jawabnya..

Itu saja cerita aku untuk pagi ni. Harap maklum..

Khamis, 1 Oktober 2009

Terkini

Fuiyyoo!! Dah dekat sebulan aku tak update blog. Last post 5 Sept.. Hehe.. Cuti Ramadhan la ghasanya tu.. Banyak barang takdan masuk blog. Aku juai time xpo raya. Bukan la juai habeh semua. Yang mana orang beli yang tu la aku habeh juai..

Lepaih raya, baru 3 hari start meniaga. Raya off seminggu bebb! Balik Kuale Kangso ghumoh mak mentua. Sempat la jugak layan bundle Kuale.. Tapi barang dah tinggai saki-baki saja. Yang cun-cun ghasanya KAKI dah rembat buat pakai raya. Tapi dapat la jugak 3 lai baju untuk aku pakai sendiri. Barang biasa saja. Takdak brand. Aku mana reti pakai baju brand. Design cantik, condition ok; aku sapu.. Hehe..

Mungkin sehari dua lagi ada 'barang baru' masuk blog aku. Takdan nak ambek gambaq lagi. Lagipon kondisi badan aku tak 100% fit la ni. Bulan posa hari tu seminggu lebih tak keluaq meniaga pasai un-fit condition ni..

Dah dekat 2.30 am. Nak basuh muka then nak layan UCL. Rumah takdak astro tapi nasib baik dapat channel siam. Buleh la jugak tumpang-tumpang layan..

Untuk kaki-kaki bundle semua belom terlambat ghasanya aku nak ucapkan selamat hari raya maaf dari hujung negeri hingga ke tambak johor.. Walaupon duit hangpa dah banyak habeh time raya hari tu, jangan la pulak takut nak masuk premis-premis bundle. Teruskan bagi sokongan kepada 'industri bundle'.. Jumpa lagi...