Ahad, 22 November 2009

Cerita hujan..

Salam untuk semua kaki bundle..

Dah dekat sebulan rasanya hujan di bumi Perlis.. Sekarang ni pon hujan tengah lebat. 2 malam berturut-turut hujan turun time macam ni. 1.19am..

Macam mana dengan jualan musim hujan?? Hehe, lagi mau tanya ka.. Aparaaa.. Alkisahnya ada hari yg ana boleh berniaga & ada hari yg ana kena start van dan balik rumah. Sebulan hujan dan sebulan jugak jualan on & off. Semua peniaga sama macam ana. Tapi bukan nak salahkan hujan, bro2 semua jgn salah paham pulak.. Cuma nak bercerita keadaan kami peniaga2 pasar malam & pasar sehari..

Hari ini rekod baru telah tercipta. Jualan ana di pasar sehari tadi RM0.00.. Hoho apa dah jadi? Jadi apa lagi, jadi kosong la!! Alhamdulillah jualan di pasar malam boleh cover. Itulah namanya rezeki. Tapi kira ni lah 1st time ana berjaya menjual kosong ringgit. Start bukak khemah sampai simpan barang hujan turun tak berenti. Ana kalau dah bukak khemah memang susah nak simpan selagi keadaan tak betoi2 memaksa. So bertahan punya bertahan sampai dah tak tertahan lagi, pukoi 12 simpan barang.. Balik rumah senang kerja - tak payah kira duit!!!

Suasana peniaga pasar malam memang macam ni la. Sedikit sebanyak cuaca mempengaruhi jualan. Tapi kita kena kembali kepada asasnya - rezeki di tangan Tuhan.. Kadang2 dlm hujan lebat pon boleh score sampai 2-3 ratus.. Ada waktunya cuaca terang-benderang tapi jualan tak sampai seratus pon.. Jgn salahkan cuaca semata-mata..

Di sebalik semua ni, ada kenikmatan yg tak terhingga sebenaqnya. Berteduh di bawah khemah bundle di tengah hujan lebat, berkalut-kalutan simpan barang, klau angin kuat ada rak yg tumbang, etc, semuanya indah untuk dilalui & manis untuk dikenang.. Teramat indah & terlalu manis sebenaqnya..

Jangan putus asa dgn rahmat & rezeki Allah SWT.. Teruskan berjuang untuk industri bundle.. Yang menjual teruskan menjual & yg membeli teruskan membeli..

Ana nak pi tengok apa ada di dapoq. Tak makan malam lagi ni.. Hehe, ini la sebab perut ana membesar dengan sihat.. Jumpa lagi.. Salam Bundle...

1 ulasan:

  1. Gua setuju bro,, rezeki kt muka bumi ni Allah dah agih2 kan dengan adil,,mungkin kadang2 kita saja yang terlupa yang ada jgk insan yang bergantung kepada hujan sebagai punca turun rezeki,, minggu lepas wa ade tgk 'bersamamu' kat tv3, cite pasal hamba allah yang hidup susah bergantung rezeki sara keluarga dengan potong rumput,,kata hamba allah tersebut kalau musim hujan rezekinya bertambah sikit sebab rumput cepat tumbuh,, n kalau kemarau rezekinya susah sikit sampai..jd mungkin hujan kali ni akan bantu die menambahkan rezeki untuk anak2 die yg nak ke sekolah tahun depan..kita hanya hamba,, Allah jua yang maha mengetahui

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.