Jumaat, 7 Ogos 2009

RARE???!!

Rare? Hehe, aku pon taktau sapa yg mula-mula merekacipta perkataan ni. Kalau tanya kaki-kaki bundle, sahih semua sangat-sangat arif dengan maksud 'rare'.. Masing-masing nak cari barang rare; tag biru lah, band yg dah r.i.p lah, tag kulit lah, big E lah, etc..

Rasanya takrif rare berbeza ikut minat & persekitaran kita. Aku?? Pada aku takdak benda yg rare dalam bundle ni. Sebabnya aku tak terer sangat bab bundle. Baru nak belajaqlah katakan. Kerja aku belah guni, gred barang, boh hanger, isi dalam van, gantung kat rak, pastu orang mintak kurang harga aku bagi. Otai-otai bundle sure terer menilai apa yg rare & apa yg biasa saja.

Mungkin jugak sebab aku ni bukan kaki select & collect barang. Aku kaki juai bundle. Kalau ada yg aku beli semuanya utk dipakai. Takdak satu pun untuk simpanan atau koleksi. Sebab tu aku jarang ada barang yg best2. Apa yg ada dalam guni, itulah barang yg aku ada.

Ada kaki-kaki yg dok order barang rare (kononnya) suruh aku simpan. Kalau ada memang aku simpan tapi masalahnya nak barang rare tapi harga nak murah. Nak tergelak pun ada. Siap order, booking tapi bila mai time nak bayaq macam-macam kerenah. Last-last aku ambek barang tu gantung kat pasar malam. Senang cerita.

Mintak maaf cakap tapi tu lah yg aku rasa & buat. Bukan tak suka atau marah, sekadar berkongsi cerita. Ada komen, silakan. Kecik tapak sulaiman, tapak projek perumahan aku tadahkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.