Jumaat, 28 Ogos 2009

MAJLIS PECAH GUNI...

Salam Ramadhan.. Dah lama aku tak merapu, hehe.. Pagi ni aku nak bercerita tentang Majlis Pecah Guni yg diadakan di 'studio' aku tengah hari semalam..











Inilah guni yg akan jadi 'mangsa'.. Kenai ka guni apa ni? Sini kami panggil guni 'belacan'. Barang Jepun.. Barang ni kira antara yg paling murah dalam kategorinya. Harga tak sampai RM1k pon..










Kat guni ada tulis 'OKO'.. Maksudnya barang kat dalam kalau tak OK memang KO!













Bila guni dah terbelah, terburailah isi perutnya... Ooo, seluaq jeans rupanya!!











Jeans dalam guni ni diikat dengan tali leher. Satu ikat tu ada la lebih kurang 10 helai. Satu guni?? Hehe, kira sendiri..










Barang dah siap gred. Brapa lama masa aku ambek untuk kerja-kerja penggredan? Sila lihat time di penjuru bawah gambaq..










Ni lah antara hasil semalam. Levi's apa taktau aku nak bagi nama kat dia.











Pandangan depan. Nampak poket besaq macam belakang tapi sebenaqnya yg ni sebelah depan.

Ok kaki-kaki semua. Tu lah lebih kurang kerja aku di studio. Nak tau lebih lanjut sila tanya mereka yg lebih pakar yg tinggal berdekatan rumah anda. Untuk yg tak pernah menghadiri Majlis Pecah Guni, diharapkan sedikit sebanyak kisah yg tak seberapa ni menjadi pengalaman berguna untuk anda. Ceh! Ayat macam rancangan tanam-tanam pokok kat tv..
Aku berundur diri dulu. Ada banyak lagi barang aku nak upload sebelom raya ni. Rajin-rajin la jengok blog aku. TQ Wassalam...

1 ulasan:

  1. pernah menghadirkan diri sendiri di salah satu majlis pecah guni(baja)dpt plak baju band discharge-never again hahahaha best-kakiTANGANbundle

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.