Selasa, 23 Jun 2009

Germany

Inilah jersi pasukan bola sepak pujaan aku, Germany. Aku beli dari kaki di pasar malam Kangar rasanya. Harga? Hmmmm, agak-agak berapa?

Aku tak pandai main bola. Tengok bola memang minat. Piala Konfederasi sekarang ni satu game pun aku tak tengok sebab Germany tak main. Final World Cup 1998 pun aku tak tengok sebab Germany terkalah awal. Mana-mana tournament pun aku layan setakat Germany layak saja. Fanatik tak aku?

Apa cerita bundle hari ni? Ok... Kalau ada yang pernah layan bundle di negeri aku mesti tahu betapa harga stuff di sini murah-murah belaka. Nak aku senaraikan brand dengan harga jualannya sekali? Hehe, jangan laaa. Nanti semua kaki bundle dari seluruh Malaysia berkumpul di sini. Pecah negeri aku yang kecik dibuatnya! Tapi hakikatnya memang barang-barang di sini kami jual murah. Bawa rm10 insyaAllah dah boleh dapat baju burberrys. Salah-salah rm5 pun dah cukup. Dan itulah jugak sebabnya peniaga bundle macam aku ni tak kaya-kaya. Dapat duit beli ketul, bukak ketul jadi duit. Dah jadi duit kena beli ketul pulak. Kesian kan?

Itulah hakikatnya berniaga di sini. Time raya atau cuti sekolah saja betul-betul boleh buat duit. Hari-hari biasa, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Macam ayam la pulak..

Tapi itulah rezeki kami. Dan kami bersyukur menerima seadanya. Hati tetap gembira sebab pelanggan dapat memiliki apa yang diidamkan. Negeri-negeri lain aku tak tahu sangat. Kedah lebih kurang dengan negeri aku. Penang dah lain rasanya. Perak, KL, Johor pastinya lebih hebat.

Jualan malam ni? Alhamdulillah dapat la seratus dua. Banyak yang terjual pun baju yang 2 helai rm5. Daripada tak terjual langsung apa-apa, itu dah kira baik. Jangan pandai nak komplen saja.

Sebenarnya belum makan lagi malam ni. So aku nak selongkar periuk tengok apa yang ada untuk aku malam ni. Jumpa lagi.. Jangan lupa, teruskan sokongan terhadap industri bundle di tempat anda...

6 ulasan:

  1. bro ada canterbury x kat tempat ko??kalau ada blh sms saya 012-6147014 ataupun email je gg_812001@yahoo.com

    BalasPadam
  2. alamak! baru minggu lepas jual 2 helai.. nanti kalau ada lagi saya bgtau..

    BalasPadam
  3. ok..kalau ada saya nak yang lengan pendek..ada jersi canterbury lagi bagus

    BalasPadam
  4. salam.. lengan pendek mungkin susah skit. Tapi klau ada insyaAllah saya bgtau. Slalu dapat yg lengan panjang...

    BalasPadam
  5. lengan panjang kalau design cantik saya sambar gak hehehe..tp sy mmg cari yang lengan pendek..lengan panjang panas bang..kain tebal hehehe

    BalasPadam
  6. nak jual kat saya tak jersi tu? kalau nak email saya kat hasrul.azhar@gmail.com

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.