Rabu, 4 Mei 2011

Type O Negative


Size X-Large
100% preshrunk cotton
Made in Usa
Tag: Blue Grape
Copyright 1996 Blue Grape Amsterdam-New York
SOLD
**Kaler baju stakat hitam saja. Dah tak super black..

Khamis, 28 April 2011

test van..

Assalamualaikum..

Dah berkurun tak update akukakibundle.. Upload barang pon dak, sembang merapu pon dak.. Tapi perniagaan tetap jalan macam biasa.. Cuma menyepikan diri di alam siber..

Gambaq ni di'tangkap' 2-3 hari lepaih.. Time ana tengah kebusanan menunggu giliran untuk test van di Puspakom.. 6 bulan sekali kena masuk Puspakom.. Memang macam tu kehidupan sebuah kenderaan perdagangan.. Nampak dak di belakang sana nun ada 2 bijik van kaler putih? Sebijik kepunyaan ana & sebijik lagi member bundle dari Kedah..

Ada orang kata ada van perdagangan ni susah. Setiap 6 bulan nak kena test Puspakom. Sebelum masuk test kena buat itu & ini. Leceh aaa.. Dulu sebelum ada van ni ana pun mempunyai pandangan yg sama. Tapi bila dah guna, rupa-rupanya banyak kelebihan van perdagangan ni. Sekurang-kurangnya setiap 6 bulan ana akan pastikan van dalam keadaan yg tip top. Nak pi meniaga pon mata tak payah kalut tengok kot-kot JPJ buat roadblock..

Hari tu ana sampai Puspakom nearly 2 pm. Lemah semangat tengok dah banyak kenderaan yg beratoq tunggu giliran. Ana masuk queue, tinggai van tengah panaih then pi lepak kat geng2 drebar lori. Ada yg habaq dah tunggu dari pukoi 10 pagi tapi tak test lagi.. Tu dia cendoi pulut!! Jenuh la taktau pukoi berapa nak sampai giliran ana. Satu row kenderaan ringan, satu row lagi geng-geng kenderaan berat (trailer, bas, etc).. Sabaq jangan tak sabaq..

Hehe.. Habeh test tengok jam dah pukoi 5.10 petang. Lebih kurang 3 jam ana bertapa di Puspakom. Dok tunggu giliran tu yg lama. Bila masuk test, tak sampai 10 minit dah siap. So, apa yg depa check? Mula-mula segala macam perkara berkaitan lampu. Lepaih tu check nombor enjin. Then brek & tayar. Last sekali allignment. Kalau pas semua, teruih dapat roadtax perdagangan untuk 6 bulan. Kalau ada part yg tak pas, kena pi adjust bagi elok then masuk test semula..

So Puspakom, kita jumpa lagi 6 bulan dari sekarang.

Sekian Wassalam...

Sabtu, 26 Mac 2011

Nike L/S


100% cotton
Size M
Made in Malaysia
SOLD

Rabu, 23 Mac 2011

Nike 'Lobang-lobang'



Made in Korea
Size XL
Body 100% nylon; Trim 100% polyester
SOLD

Canterbury L/S



Pit2pit: 18 1/2 - 19 inci
SOLD

Isnin, 21 Mac 2011

Ahad, 13 Mac 2011

Souls Mania


Size M
100% cotton
Colour: Dark Grey
SOLD

Ahad, 6 Mac 2011

Woodstock????



Size L
100% cotton
Tag: SPINASH
My Price RM30

Isnin, 28 Februari 2011

Adidas Euro 2008



50% cotton 50% polyester
Size M
Made in USA
Colour: White
SOLD

Rabu, 2 Februari 2011

Hidangan Midnite Bundle





Sekadar nak berkongsi kemeriahan dengan kaki-kaki bundle suasana 'kami' berniaga di salah sebuah pasar malam di Perlis. Sesapa yg pernah mai sini sure tau kat mana aksi-aksi di atas dirakamkan. Salah satu pasar malam yg ana rasa seronok dengan suasananya. Bukan kerana hasil jualan yg mencecah jutaan ringgit tapi kerana crowd yg datang dari pelbagai peringkat umur. Dari yg atas dukungan hinggalah yg datang dipapah; kecik besaq tua muda semua ada. Selamat menikmati 'hidangan' yg ana sediakan...