Khamis, 28 April 2011

test van..

Assalamualaikum..

Dah berkurun tak update akukakibundle.. Upload barang pon dak, sembang merapu pon dak.. Tapi perniagaan tetap jalan macam biasa.. Cuma menyepikan diri di alam siber..

Gambaq ni di'tangkap' 2-3 hari lepaih.. Time ana tengah kebusanan menunggu giliran untuk test van di Puspakom.. 6 bulan sekali kena masuk Puspakom.. Memang macam tu kehidupan sebuah kenderaan perdagangan.. Nampak dak di belakang sana nun ada 2 bijik van kaler putih? Sebijik kepunyaan ana & sebijik lagi member bundle dari Kedah..

Ada orang kata ada van perdagangan ni susah. Setiap 6 bulan nak kena test Puspakom. Sebelum masuk test kena buat itu & ini. Leceh aaa.. Dulu sebelum ada van ni ana pun mempunyai pandangan yg sama. Tapi bila dah guna, rupa-rupanya banyak kelebihan van perdagangan ni. Sekurang-kurangnya setiap 6 bulan ana akan pastikan van dalam keadaan yg tip top. Nak pi meniaga pon mata tak payah kalut tengok kot-kot JPJ buat roadblock..

Hari tu ana sampai Puspakom nearly 2 pm. Lemah semangat tengok dah banyak kenderaan yg beratoq tunggu giliran. Ana masuk queue, tinggai van tengah panaih then pi lepak kat geng2 drebar lori. Ada yg habaq dah tunggu dari pukoi 10 pagi tapi tak test lagi.. Tu dia cendoi pulut!! Jenuh la taktau pukoi berapa nak sampai giliran ana. Satu row kenderaan ringan, satu row lagi geng-geng kenderaan berat (trailer, bas, etc).. Sabaq jangan tak sabaq..

Hehe.. Habeh test tengok jam dah pukoi 5.10 petang. Lebih kurang 3 jam ana bertapa di Puspakom. Dok tunggu giliran tu yg lama. Bila masuk test, tak sampai 10 minit dah siap. So, apa yg depa check? Mula-mula segala macam perkara berkaitan lampu. Lepaih tu check nombor enjin. Then brek & tayar. Last sekali allignment. Kalau pas semua, teruih dapat roadtax perdagangan untuk 6 bulan. Kalau ada part yg tak pas, kena pi adjust bagi elok then masuk test semula..

So Puspakom, kita jumpa lagi 6 bulan dari sekarang.

Sekian Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.