Jumaat, 13 Mei 2011

Betoi ka apa yg dia kata???

Salam.. 2-3 hari ni Alhamdulillah hujan mula turun.. tak la panaih sangat.. Tapi peniaga pasar sehari/malam biasanya keresahan kalau hujan turun waktu tengah berniaga. "Customer tak buleh nak mai", depa kata. Memang la kadang-kadang rasa macam tak best tapi setiap kejadian ada 'cerita' & 'pengajaran' disebaliknya..
Pernah berlaku time hujan jualan tiba-tiba lebih daripada hari biasa. Tengah ramai-ramai kat pasar malam then hujan turun, semua customer 'celapak' cari tempat berlindung. So khemah bundle yg agak besaq menjadi antara tempat berlindung yg utama. Time tu khemah penuh dgn manusia & Alhamdulillah pakat-pakat beli sorang sikit. Bertambahlah rezeki. So jgn sedih kalau hujan..
Ada masanya jugak bila hujan terpaksa simpan semua barang sebab terlalu lebat & berselang-seli dgn angin kencang. Mana tahan bro.. Kalau baru sempat juai RM5, duit tulah saja bawak balik rumah. Hehe, muka masam?? No lah.. Senyum saja sebab kalau muka masam pon Rm5 tu takkan jadi RM100. So lebih baik senyum..
'Labun' kali ni macam takdak kaitan dgn tajuk entri. Sabaq, sabaq.. Baru dok panaih enjin. Sebenaqnya macam ni..
Ana selalu jugak dok korek cerita daripada customer tentang apa jenama depa suka, apa alasan depa suka jenama tu, etc.. Satu hari tu berboraklah ana dgn sorang hamba Allah yg kata beliau berasal dari Penang. Tengok dari ataih ke bawah; baju, seluaq, kasut, boxer semua bundle. Usia ghasanya antara 35 ke 40. Dalam dok bersembang tu ana tertarik dgn satu pendapat yg Bro Penang ni bangkitkan..
Kata beliau, "Aku suka pakai baju branded". Ana jawab "Semua baju ada brand bro.." Haha.. Sori. Ana kadang-kadang memang terkurang ajaq sikit. "Tapi aku pakai baju branded yg logo jenama tu tak besaq. Lagi kecik logo lagi baguih". Sebab apa Bro? "Tu la hang taktau. Dah la kita bayaq duit untuk beli baju tu. Lepaih tu kita dok tulong promosi jenama tu seluruh Malaysia. Sebab tu baju yg aku beli takdak satu pon yg tulisan/logo jenama tu besaq-besaq". Bro Penang tambah lagi, "Kita pakai baju untuk kepuasan. Bukannya kita jadi duta nak 'pekenai' jenama tu kat orang lain".. Haha, terpengaruh jugak ana dgn kata-kata Bro Penang.
Ada orang pilih pakaian kerana jenama. Ada yg perti jenis kain. Ada yg pilih design. Ada jugak yg tengok warna. Tapi ghasanya terpaling ramai kita memilih pakaian atas faktor jenama. Ana? Dulu ana suka Le Coq, tut tutt & tutt tuttt.. Seluaq ana tak kesah sangat asalkan boleh pakai. La ni ghamai pulak yg dok cari Le Coq so ana stop layan jenama tu. Saiz badan dah makin chubby. Jenama dah tak jadi keutamaan. Yg penting ngam dgn badan..
Malam ni sebelum tidoq, renung-renung la sama pendapat Bro Penang. Bukan ana setuju 100% dgn pendapat dia. Cuma daripada dok pikiaq macam mana nak jadi kaya, cubalah sekali-sekala dalam hidup kita pikiaq untuk apa kita pakai satu-satu jenama tu.. Jangan marah aaa..
Salam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.