Rabu, 27 Oktober 2010

Kaki Bundle Jr.

Salam, salam & salam...

Tengok gambaq sebelah.. baby ana yg berusia 1 bulan 14 hari (lebih kurang la..).. kecik-kecik dah pakai bundle aaa.. sempoi punya baby.. nama??.. simple saja - nur aisyah zahidah.. so dah 2 perempuan & 1 lelaki.. Alhamdulillah..

Baby yg ni menarik sikit sebab lahir di taiping.. kakak ngan abang dia lahir di kangaq.. lahir hari raya ke 5.. hari yg sepatutnya ana sekeluarga bertolak dari kuale kangso ke perlis.. ditakdirkan kami sekeluarga bercuti lebih lama.. ana & 2 orang anak bercuti di kuale; isteri ana & baby bercuti di hospital taiping.. walaupon lahir tak cukup bulan (kakitangan hospital kata tak cukup minggu..) Alhamdulillah percutian di hospital tak lama - cuma 5 hari saja..

Sebab tu mungkin lepas Aidilfitri blog KakiBundle agak slow.. ana melayan ke'excited'an yg tak terhingga.. pasar malam memang ana tak tinggal, cuma di alam maya saja yg ana A.W.O.L..

Ok ok.. anak ana nak layan game pulak.. sekarang dia tengah gila main CS.. teringat aaa zaman muda-muda dulu.. satu lagi dia layan TEKKEN.. ha ha.. jumpa lagi bro.. Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.