Rabu, 2 Jun 2010

29 & 30 Mei 2010




Salam 1Bundle.. Dah lama tak menjenguk kawan-kawan semua sejak posting terakhir. Taktau la pasai apa. Nak kata sibuk, tak la sangat. Nak kata kalut, tak seberapa pon. Proses isolasi kot.. hehe..

Ok, cerita kali ni berdasarkan tarikh yg ana letak kat title posting. Sabtu & ahad yg berkenaan ana berkesempatan menyertai kemeriahan Jom Heboh TV3 di Stadium Utama Kangar. Jangan salah paham, ana bukannya sewa booth tv3 tapi 'stun' berniaga kat tengah padang. Ada 2 kaki bundle yg berjiran dgn ana. Bersiang & bermalamlah kami berenam (termasuk staf) di situ.

Orang memang ramai. Is the very happening kata pelancong mat saleh. Tapi jumlah manusia yg ramai tak menjamin jualan yg tinggi bro. Kehadiran pengunjung hakikatnya tak berkadar dengan jumlah jualan. Kalau ikutkan crowd, jualan insyaAllah boleh mencecah 4 angka. Kira punya kira, Alhamdulillah.. Walaupon tak mencapai 4 angka tapi cukuplah untuk ana sekeluarga makan setahun dua.. Hehe..

Kalau diikutkan pon memang dah berlaku kemerosotan jualan sejak lepas chinese new year hari tu. Langsung tak boleh diramal. Ada kawan-kawan yg biasa dapat 5-6 ratus tiba-tiba jualan tinggai rm100 saja.. Ada jugak psr malam atau psr sehari yg jualan main bawah seratus saja. Memang ramai yg terkedu, tersentot, ternganga, tersandaq & bermacam-macam ter lagi.. Alhamdulillah takdak yg bunuh diri.

Keadaan di tempat lain ana taktau. Mungkin sebelah KL, JB & Kelantan jualan masih cun macam dulu. Apa-apapon teruskan perjuangan, jangan berputus asa & jangan bunuh diri.. Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.