Khamis, 21 Januari 2010

Antara 2 Darjat...


Salam... hoho, dah lama ana tak bersembang dgn anta2 kaki bundle semua.. kalut dok cari kemewahan duniawi agaknya.. hehe.. hingga lupa nak bermasyarakat.. tapi Alhamdulillah awai pagi ni (12.07am - jam pc) tergerak hati ana nak bercerita.. Apa alkisahnya.. Tengok la kat atas, tajuk copy p ramlee punya.. Ana dapat t-shirt 'antara 2 darjat' kot??... Jom teruskan pengembaraan bersama ana...

Dalam gambaq ada 2 'bijik' van.. (Sori, kami di peghelih lebih selesa guna perkataan 'bijik' untuk refer pada kenderaan).. Yg satu register utk angkut brg2 dagangan & satu lagi utk bawak manusia.. Yg satu ana bawak ke pasar malam & satu lagi kenderaan keluarga.. Sebelum ada van perdagangan ana guna van yg satu lagi utk berniaga.. Jenuh usha kiri kanan kot2 ada jpj atau polis trafik. La ni dah ada van perdagangan rasa selesa & selamat nak pi 'bertugas'..

Baru2 ni ana pi ambek 'ketoi' di negeri tuuutttt!!... Nak ambek 2 ketoi saja, so ana malaih nak punggah barang dlm van.. Ana bawak la van yg satu lagi.. Nak dijadikan cerita, dlm perjalanan balik dekat2 exit aloq staq selatan sebijik peronda dah tahan ana.. Turun 2 orang pegawai & kami pon ber'itu-ini' dalam 10 minit... Pegawai tu kata ana salah sbb van persendirian bawak barang dagangan.. Hoho, mampuih la ana.. Dia kata kesalahan tak buleh kompoun, kena naik mahkamah.. Denda minimum RM1,500.. Woiii!!!! Gila ka apa?? Banyak tu.. Tak kan ana nak tumpang cari makan dalam negara sendiri pon nak kena denda sampai banyak tu??!!!

Dia dok ulang 3-4 kali ayat 'denda minimum RM1,500' tu... Lama2 ana paham.. Hehe, selamat ana.. Hangpa semua pon tau la kan apa sebenaqnya 'kemahuan' encik2 berdua tu... Tapi ana tak serbu tembok tak pakai helmet.. Ana test power dulu.. Ana kata 'kalau buleh tu biaq la buat cara mudah'.. Dengaq saja ayat ana, sorang encik tu teruih kata - 'encik sembang dgn anak buah saya. saya taktau apa2'... Yes yes yes!!! Dan sejarah mencatatkan ana berjaya meneruskan perjalanan tanpa perlu ke mahkamah.. (Sendiri mau paham aaa....)

Iktibar utk ana; lain kali dah ada van perdagangan tu jgn dok gatai bawak van biasa pi ambek barang.. Mulai saat itu ana telah insaf & kembali ke pangkal jalan... Tooiiinnnngggggggg!!!!

Takdak apa yg ana nak sampaikan sebenaqnya.. Saja2 isi masa bersembang ngan kaki2 semua.. 'Fill in the blank' kata anak ana...

So, apa cerita kaki2 semua?? Terima kasih sebab masih setia berbundle dari dulu sampai saat ni.. Yang membeli, simpati sama pada yg menjual.. Jgn dok mintak kurang kaw2 sampai yg menjual terduduk.. Dan yg menjual pon kena kesian kat yg membeli.. Letak harga biaq sepadan ngan barang.. Kita, yg menjual & yg membeli; sama2 ada anak isteri, ada bil nak kena bayaq, ada hutang nak kena setel, ada perut nak kena isi... Pandai-pandailah masing-masing..

Ana blah dulu.. Nak layan upload gambaq sat.. Banyak barang tak masuk blog lagi ni.. Teruskan setia menonton akukakibundle.blogspot... TERIMA KASIH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.