Khamis, 15 Oktober 2009

SUASANA SELEPAS AIDIL FITRI

Salam untuk semua kaki bundle... Takdak barang baru ka bro?? Hehe.. Ada tapi dah terjual di pasar malam. Takdan nak masuk blog, kaki-kaki sini dah ambek dulu. Apa nak buat, rezeki...

Jualan selepas raya memang agak 'memenatkan'.. Tapi tak sampai tahap nazak lagi. Percaya or not, ada kaki yang bukak 13 rak cuma berjaya buat sale RM18??? Huhu, sedih campoq letih.. Ada yg meniaga pagi & petang dulu boleh dapat RM800, la ni tinggai RM400 saja! Macam-macam cerita yg dah dengaq dari memba-memba seperniagaan. Dulu main angka ratus, dah jadi angka puluh.. Macam-macam kisah bro!! Kisah benar ni, bukan senda gurau bulan Syawal..

Orang yg dok menaip ni macam mana pulak??? Hehe, sudah terang lagi bersuluh. Bawah RM50 pon ana pernah dapat!! Sesak nafas jugak kadang-kadang dibuatnya. Tapi dah nama pon meniaga. Ada masa ok ada masa ko. Buat taktau saja. Yang penting senyum & terus senyum. Muka masam pon apa guna. Bukannya boleh ubah sale RM50 jadi RM500.. Jangan mengeluh dengan rezeki yg kita dapat...

Peniaga di negeri lain aku taktau. Mungkin jualan maintain ribu-ribu agaknya. Baguih la kalau macam tu. Kalau keadaan sama macam sini, ana tumpang gembira!! Sekurang-kurangnya kami tak keseorangan di bumi Malaysia yang tercinta... Ada jugak rakan-rakan untuk berkongsi suka & duka..

Ok bro.. Ana dah kelaparan. Balik pasar malam tadi kira duit & terus mengadap pc. Anak-anak dah tidoq so tiada perebutan pc untuk malam ni. Jumpa lagi & teruskan sokongan anda pada industri ini..

Salam 1Bundle...

1 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.