Isnin, 30 November 2009

Nike Hooded Blue Tag



Size L
Rosak 2 tempat (2 gambar last):
- zip takdak holder
- jahitan terbukak sikit kat atas poket kanan
Condition lain semua tiptop
SOLD

Ahad, 29 November 2009

Stuff aidil adha..

Ada sapa2 yg satu masa dulu terjoin acara dlm poster kat sebelah ni?? Hehe, mesti ada kan.. Ana hanya sempat tengok & simpan poster saja. Pada hari & ketika acara berlangsung ana gagal menghadirkan diri. Ada komitmen lain.. Kepada yg sempat join the club, selamat mengimbas kenangan.

Takdak apa nak diceritakan sebenaqnya. Sekarang ni masih bercuti Aidil Adha; last day cuti. Jumaat, Sabtu & Ahad.. Isok petang ana start bertugas..

'Kaming sun' ada stuff yg ana dpt waktu majlis belah guni sebelom raya hari tu. Ada nike tag biru, hard rok kefe & selai dua baju yg tak hebat sangat tapi mungkin buleh menggugat nafsu kaki2 bundle sekalian..

So teruskan mengklik blog yg tak seberapa ni.. insyaAllah ana akan uploadkan gambo2 stuff yg ana baru dapat tu.. Salam aidil adha..

Jumaat, 27 November 2009

Levi's 501 T


Made in Vietnam
100% cotton
Size Men L 100
Condition 9/10
SOLD

Ahad, 22 November 2009

Cerita hujan..

Salam untuk semua kaki bundle..

Dah dekat sebulan rasanya hujan di bumi Perlis.. Sekarang ni pon hujan tengah lebat. 2 malam berturut-turut hujan turun time macam ni. 1.19am..

Macam mana dengan jualan musim hujan?? Hehe, lagi mau tanya ka.. Aparaaa.. Alkisahnya ada hari yg ana boleh berniaga & ada hari yg ana kena start van dan balik rumah. Sebulan hujan dan sebulan jugak jualan on & off. Semua peniaga sama macam ana. Tapi bukan nak salahkan hujan, bro2 semua jgn salah paham pulak.. Cuma nak bercerita keadaan kami peniaga2 pasar malam & pasar sehari..

Hari ini rekod baru telah tercipta. Jualan ana di pasar sehari tadi RM0.00.. Hoho apa dah jadi? Jadi apa lagi, jadi kosong la!! Alhamdulillah jualan di pasar malam boleh cover. Itulah namanya rezeki. Tapi kira ni lah 1st time ana berjaya menjual kosong ringgit. Start bukak khemah sampai simpan barang hujan turun tak berenti. Ana kalau dah bukak khemah memang susah nak simpan selagi keadaan tak betoi2 memaksa. So bertahan punya bertahan sampai dah tak tertahan lagi, pukoi 12 simpan barang.. Balik rumah senang kerja - tak payah kira duit!!!

Suasana peniaga pasar malam memang macam ni la. Sedikit sebanyak cuaca mempengaruhi jualan. Tapi kita kena kembali kepada asasnya - rezeki di tangan Tuhan.. Kadang2 dlm hujan lebat pon boleh score sampai 2-3 ratus.. Ada waktunya cuaca terang-benderang tapi jualan tak sampai seratus pon.. Jgn salahkan cuaca semata-mata..

Di sebalik semua ni, ada kenikmatan yg tak terhingga sebenaqnya. Berteduh di bawah khemah bundle di tengah hujan lebat, berkalut-kalutan simpan barang, klau angin kuat ada rak yg tumbang, etc, semuanya indah untuk dilalui & manis untuk dikenang.. Teramat indah & terlalu manis sebenaqnya..

Jangan putus asa dgn rahmat & rezeki Allah SWT.. Teruskan berjuang untuk industri bundle.. Yang menjual teruskan menjual & yg membeli teruskan membeli..

Ana nak pi tengok apa ada di dapoq. Tak makan malam lagi ni.. Hehe, ini la sebab perut ana membesar dengan sihat.. Jumpa lagi.. Salam Bundle...

Jumaat, 20 November 2009

GAP


Size XL / TG
Made in Cambodia
100% cotton
Condition 10/10
SOLD

GAP - The BIG Oxford


Size L (nampak mcm XL)
Made in Madagascar
100% cotton
Condition 10/10
My Price SOLD

Selasa, 17 November 2009

Depeche Mode The Singles 86>98



Size XL
Tag 'bangang'
Made in USA
100% Cotton
Venusnote Limited 1998
Condition 10/10
Barang berkedut lagi (baru belah guni)
Price SOLD

Ahad, 1 November 2009

Kaki Bundle Jr.



Anak-anak aku tengah tolong catkan rak. Rak besi kena selalu cat. Senang karat then hancoq teruih. Yang bijaknya ayah budak-budak ni - lapik kaki rak ngan kain nipis.. Selesai projek mengecat, angkat saja kain pelapik, hehe, kaler hitam melekat di lantai. Bijak, bijak.. Tapi aku berjaya bertindak pantas sebelum masalah dikesan oleh ibu tercinta. Guna petrol untuk cuci cat.